Isipadu cecair atau meneroka kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas.
Pembelajaran isipadu cecair bermula dengan pengalaman konkrit dalam satu situasi yang
realistik melalui pengukuran menggunakan kedua-dua unit piawai dan bukan piawai.
Isipadu cecair adalah berkait rapat dengan kehidupan seharian kanak-kanak. Mereka sering menggunakan cecair khususnya untuk minum,mandi, membasuh, dan sebagainya. Mereka juga sudah biasa melihat botol-botol air minuman seperti air mineral , jus-jus yang pelbagai di pasaran. Cuma sama ada pelajar itu perasan atau tidak dengan isi botol minuman yang kandungan atau jumlah kandungan air yang ditulis pada botol minuman tersebut.
Pelajar mula mengenal isipadu cecair pada tahun 2 iaitu kemahiran ke 10 dalam tajuk ” Volume of Liquid ”. Pada tahap ini mereka mula mengenal konsep penuh, separuh penuh, dan kosong ( tiada cecair ).Mereka juga diperkenalkan dengan unit Liter ( l ) di dalam sistem metrik. , dan sedikit penambahan isipadu dalam unit Liter. Mereka membuat perbandingan isipadu cecair dari sedikit ke banyak atau banyak ke sedikit.
Pelajar juga perlu mengenalpasti peralatan untuk mengukur isipadu sama ada alat bukan standad seperti gelas, jug, botol atau alat standad seperti bikar dan silinder penyukat.
Contoh alat pengukuran bukan standad
Contoh alat pengukuran standad
Pelajar juga perlu membuat ukuran isipadu cecair dan perlu mengambil bacaan dengan betul.
pelajar perlu mengambil bacaan pada aras meniskus seperti contoh di bawah :
Aras meniskus ialah pada aras B. Iaitu mata adalah selari dengan unit nombor pada silinder.
Sekiranya bacaan susah untuk diambil seperti air mineral, kertas yang bewarna boleh diletakkan di belakang bikar atau silinder penyukat bagi membantu memudahkan bacaan isipadu diambil.
Alat-alat bantuan pengajaran adalah sangat penting untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran berjaya.Alat-alat ini sama ada boleh diperoleh di sekolah atau di rumah pelajar itu sendiri.Alatan ini perlu sesuai dan mengikut keperluan isipadu yang hendak diukur.Alatan ini ada yang dikategorikan ukuran standad dn ukuran bukan standad.
CONTOH ALAT-ALAT UKURAN BUKAN STANDAD
CONTOH ALAT PENGUKURAN STANDAD, BIKAR DAN SILINDER PENYUKAT.
( murid pandai )
Objektif :
Diakhir aktiviti pengajaran pelajar dapat membezakan kandungan isipadu cecair
Bahan :
Jus oren, soya , air mineral, 2 buah bikar
AKTIVITI
- Pelajar dibahagikan kepada 4 orang dalam satu kumpulan.
- Pelajar diminta menyukat isipadu cecair dengan bikar.
- 3. Seorang pelajar perlu merekod bacaan dalam jadual
Jenis cecair | Air Soya | Air oren | Air mineral |
Jumlah Isipadu ( L ) |
- Pelajar mengambil bacaan dengan bantuan guru.
- Pelajar menyusun kedudukan cecair minuman dari jumlah sedikit kepada jumlah banyak.
- Wakil pelajar membentangkan bacaan .
- Pelajar membuat lembaran kerja.
( Bagi pelajar lemah )
Objektif pembelajaran :
Diakhir pengajaran pelajar dapat menyatakan penuh, separuh penuh, dan kosong
Bahan :
3 biji gelas yang sama saiz, 1 botol air mineral,
Aktiviti
- Guru menunjukkan sebiji gelas yang kosong
- Pelajar menyatakan isipadu gelas ( ada atau tiada )
- Seorang wakil murid diminta menuangkan kedalam gelas sehingga penuh.
- Pelajar menyatakan jumlah isipadu ( Penuh )
- Wakil pelajar yang lain diminta minum separuh air yang berada didalam gelas tersebut.
- Pelajar menyatakan jumlah isipadu air mineral yang tinggal dalam gelas itu sekarang.
- Pelajar diminta menyusun kedudukan air didalam gelas dari sedikit ke banyak dan dari banyak ke sedikit dengan bantuan guru.
- Pelajar membuat lembaran kerja yang diedarkan.
Padankan gambar dengan perkataan yang paling tepat.
* PENUH
No comments:
Post a Comment